Para tetamu yang dihormati sekalian...

Salam sayang,

Ini adalah kali pertama saya menulis didalam blog yang tidak seberapa ini. Apalah sangat blog saya ini jika dibandingkan dengan beaders yg telah lama berkecimpung dalam bidang manik ini. Namun, dengan adanya semangat dan minat yang tinggi dalam diri saya, maka lahirlah blog http://beadsfairy.blogspot.com ini.

Selamat datang dan selamat membaca kepada sesiapa saja yg datang menjengah ke blog saya ini. Diharap anda semua dapat meninggalkan komen/pendapat(samada negatif/positif) agar saya dapat membaiki segala kesilapan.

Ternyata yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu dari saya......

DEAR GUESTS...

This is my first time writing in this simple blog. My blog is considered as very ‘young’ as compared to other beaders who have long been in this area. However, with high spirit and enthusiasm, the blog http://beadsfairy.blogspot.com was born.

A warm welcome and happy reading to anyone who is new to this blog. I encourage you to leave comments / opinions (either negative / positive) so that I can improve further.

All the good comes from Allah, and the bad from my own weaknesses......

Tuesday, May 3, 2011

Manik dan tempahan...

Buat semua sahabat handai, saudara-mara walau dimana jua anda berada....

Disini saya ingin maklumkan kepada anda semua bahawa tempahan utk menjahit manik masih lagi dibuka. Tempahan manik tidak semestinya pada busana sahaja, anda juga boleh menempah jahitan manik pada apa saja barang milik anda ( dengan syarat saya boleh tusukkan jarum dan manik pada barang tu, semestinya....:)).

PENGUMUMAN
Pada mereka yang menempah pada bulan Mei dan Jun, saya akan mengenakan upah yang murah dan berpatutan. Sila hubungi saya melalui facebook, emel ataupun no telefon seperti yang tertera di blog ini.

TERIMA KASIH.

Monday, April 25, 2011

Beads and wedding...

Salam dan semoga anda semua dirahmati olehNya....

 Pada abad yg ke-21 ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa manik dan perkahwinan tidak dapat dipisahkan ibarat lagu dan irama.
 Atas permintaan Nur Haida, maka terhasillah jahitan manik diatas baju pernikahan beliau yg telah berlangsung pada 4hb Febuari 2011.

Gambar pengantin pada hari pernikahan





Baju nikah sebelum dan sesudah dimanikkan....



Sebahagian bunga yg terdapat pada baju, sebelum dan sesudah dimanikkan....



Baju pada lengan, sebelum dan sesudah dimanikkan...



Semoga bertemu lagi di entri yang akan datang.... kepada yang berminat utk menempah bolehlah menghubungi saya melalui facebook, handphone ataupun emel yg tertera di blog ini. Terima kasih. :)