Salam,
Sebagai pembukaan, di sini saya persembahkan salah satu hasil jahitan saya buat tatapan semua. Ini bukanlah hasil jahitan saya yang pertama, dan juga semestinya bukan yang terakhir...
Baju kepunyaan seorang rakan lama saya, ia mempunyai keistimewaannya tersendiri. Selain kepercayaan yang beliau berikan, baju ini juga mengajar saya tentang kesabaran. Jahitan manik jenis "tali air" memang menuntut kesabaran yang amat tinggi, ditambah pula ketika saya mula menjahit baju ini, ia adalah kali pertama. Berapa kali dibuka dan dijahit semula untuk mendapat corak “tali air” yang lurus.
Namun, atas prinsip "mementingkan kualiti", saya teruskan jua jahitan dengan penuh kesabaran. Dan di bawah ini adalah hasilnya...
Hi everyone,
As an appetizer, I hereby would like to share one of my beadworks with all of you. This is not my first beadwork, and definitely will not be the last...
Belonging to an old friend of mine, this cloth has its own uniqueness. Not only I am entrusted to work on the cloth, working on it also really taught me about being patience. The "running beads" or "running back stitch" beadwork pattern really demanded patience, considering this is the first time I started sewing. The sewing had to be reworked so many times just to get the correct “running beads” pattern.
However, relying on the principle of "ensuring best quality", I pursued with the sewing with patience. And below is the result...
No comments:
Post a Comment